A A
RSS
Sambutan Meredeka 2010!

Sambutan Meredeka 2010!

Tuesday, August 31, 2010

0 Comments

Pemuda PAS Kelana Jaya telah menyahut niat murni kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat untuk sama-sama terlibat dalam Kempen Anti-Zina bagi membendung kes buang bayi yang kini rancak didendangkan di akhbar-akhbar dan media massa. Program Pelancaran Kempen Anti Zina itu diadakan serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke - 2 setelah Selangor dibebaskan dari kerajaan yang [...]

Usrah Bersama Ustaz Nazri Din

Usrah Bersama Ustaz Nazri Din

Sunday, August 15, 2010

0 Comments

DPPKJ te|ah mengadakan usrahnya pada jumaat |a|u di Surau al-Muttaqun, USJ12. Naqib pada hari tersebut merupakan Ustaz Nazri Din yang merupakan bekas calon Kubu Gajah pada pilihanraya umum yang lalu. Usrah itu yang disusuli dengan berbuka puasa dalam talam & solat magrib. Sejurus selepas solat isya’, Ustaz Nazri Din memberikan tazkirah ringkas sebagai memenuhi rutin biasa [...]

Se|amat Menyambut Ramadhan a|-Mubarak

Se|amat Menyambut Ramadhan a|-Mubarak

Wednesday, August 11, 2010

0 Comments

Sahabat² semua, Mari|ah kita merebut pe|uang me|ipat gandakan ama|an kita. Buat sket, tapi dpt byk. Tak pun, Bayar harga sama, tapi dapat berganda-ganda. Semoga diberkati Allah senantiasa.

Sukan PASTI Kelana Jaya 2010

Sun, Jul 18, 2010

0 Comments

Sukan PASTI Kelana Jaya 2010

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kelana Jaya (DPPKJ) telah berjaya menganjurkan Sukan PASTI Kelana Jaya pada 18 Julai 2010 di Padang Blok 2 Desa Mentari. Program Sukan pada hari tersebut telah dihadiri oleh hadirin seramai lebih daripada 200 orang yang terdiri dari kalangan ibu bapa, guru - guru, pelajar - pelajar dan kanak - kanak. Dengan gabungan daripada [...]

Tamrin Qiyadi @ D’Congkak

Tue, Jul 27, 2010

0 Comments

Tamrin Qiyadi @ D’Congkak

Tamrin Qiyadi yang memfokuskan pada pimpinan - pimpinan di peringkat kawasan di seluruh negeri Selangor telah diadakan pada 23 hb Julai 2010 di D’Congkak, Sungai Congkak. Program itu berlangsung selama 2 hari dan 1 malam dan dipenuhi dengan kuliah ilmiah bagi memastikan persiapan ilmu dan kekuatan anggota kepimpinannya sentiasa meningkat, sesuai dengan cabaran dan rintangan perjuangan yang [...]

Bengkel Penerangan Pakatan Rakyat

Mon, Aug 2, 2010

0 Comments

Bengkel Penerangan Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat Selangor telah mengadakan Bengkel Penerangan pada 1 Ogos 2010 di Shah Alam. Dengan mengumpulkan keseluruhan Ketua dan AJK Penerangan setiap kawasan daripada Parti PAS, PKR & DAP bengkel itu diadakan bertujuan untuk menyelaraskan gerakkerja serta komunikasi seluruh jentera penerangan di antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat. Antara isu utama yang diperbincangkan ialah: Menambahbaik Pengedaran & Memantapkan [...]

Sebaran pada ruangan komen blog Anti-Gerakan Islam

Sun, Sep 5, 2010

0 Comments

Petikan dari satu blog: hehe.. happy sekejap baca comments korang nih.. kpd penyokong Islam, jgn layan/cakap dengan orang gila, sbb orang lain akan kata kita pun sama-sama gila. Sinonimnya, jgn cakap dengan orang bodoh, sbb orang lain akan kata kita pun sama-sama bodoh. Aku cadang mana-mana penyokong/pendokong Islam |ps ni tak payah rep|y apa2 d|m entry ni atau [...]

Ma|am - Ma|am Terawih bersama YDP

Thu, Aug 26, 2010

0 Comments

Hampir setiap malam kami berterawih bersama - sama dengan YDP PKKJ, Ir. Hj. Izham. Yang menariknya kami berpindah - randah dari satu surau / masjid ke surau / masjid yang lain setiap ma|am. Kami berterawih sebanyak 8 rakaat dan ditengah - tengahnya diberikan ruang kepada YDP untuk memberikan tazkirah pendek yang mampu membuka mata para ahli jemaah [...]

Penipuan Kerap Dalam Perniagaan, Kerjaya & Pendidikan

Sun, Jul 18, 2010

0 Comments

Penipuan Kerap Dalam Perniagaan, Kerjaya & Pendidikan

Penipuan Kerap Dalam Perniagaan, Kerjaya, Universiti & Sekolah : Awasinya Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Soalan Assalamualaikum wrt wbh, Al-fadhil ustaz, saya pernah memohon pekerjaan di sebuah syarikat dan syarikat menetapkan jika saya mempunyai sijil, maka gaji minimum yang akan saya terima adalah sebanyak RM xxxx, jika saya mempunyai pengalaman tapi tidak punyai sijil, gaji minimum bermula dari RM xxx , sekiranya [...]

Jambori Amal Peringkat Kebangsaan

Wed, Nov 4, 2009

0 Comments

Jambori Amal Peringkat Kebangsaan

Dewan Pemuda PAS Kelana Jaya, melalui Jabatan Amal Kelana Jaya turut mengambil kesempatan untuk memeriahkan acara tahunan yang cukup bermakna. Alhamdulillah Jabatan Amal Kelana Jaya berjaya menhantar peserta seramai 16 orang terdiri dari pelbagai peringkat umur.

Advertise Here

DPPKJ Twitter

WP ShoutBox

Previous Next All
Latest on Sat, 05:25 pm

P'B|ogger: 04092010 - 900

P'B|ogger: 12082010-750

P'B|ogger: 750

admin: lowl

tajul: Tahniah Nadiy menghidupkan semula blog nie ...

meowsoleh: Salam aidilfitri kepada sahabat2 DPPKJ semua.

» Leave a reply




Polls

Berapa kali kah dalam sehari anda solat berjemaah?

View Results

Loading ... Loading ...

StatPress

Blog ini telah menerima pelawat seramai: 10 orang pada hari ini dan sebanyak 4286 pelawat sejak May 19, 2009.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kelana Jaya (DPPKJ) telah berjaya menganjurkan Sukan PASTI Kelana Jaya pada 18 Julai 2010 di Padang Blok 2 Desa Mentari. Program Sukan pada hari tersebut telah dihadiri oleh hadirin seramai lebih daripada 200 orang yang terdiri dari kalangan ibu bapa, guru - guru, pelajar - pelajar dan kanak - kanak.

Sukan PASTI Kelana Jaya

Sukan PASTI Kelana Jaya

Dengan gabungan daripada empat (4) buah PASTI sedia ada di Kawasan Kelana Jaya ini, Sukan PASTI Kelana Jaya itu telah dirasmikan oleh YB Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) selaku Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor. Program tersebut juga dihadiri oleh  YB Nik Nazmi (ADUN Seri Setia) dan juga Ir. Izham Hashim (YDP PAS Kawasan Kelana Jaya).

Program dirasmikan oleh YB Dr Ahmad Yunus (Exco Pendidikan Selangor)

Program dirasmikan oleh YB Dr Ahmad Yunus (Exco Pendidikan Selangor)

Keempat - empat buah PASTI yang terlibat adalah PASTI Ar-Raudah (Blok 8, Desa Mentari), PASTI Aiman (Blok 2 Desa Mentari), PASTI Nur-Hidayah (Kg. Lindungan) dan PASTI al-Wahdah (Bandar Sunway). Dengan berjumlahkan pelajar sebanyak 97 orang murid, program pada hari itu melakarkan suasana yang mesra dan meriah.

Ketua Pemuda, En. Tajul Ariff selaku Penyelaras PASTI Kelana Jaya, berkata DPPKJ bakal menubuhkan lagi dua (2) buah PASTI di sekitar kawasan Kelana Jaya pada tahun hadapan. Beliau akan terus komited untuk bersama guru - guru dan AJK PASTI bagi membimbing anak - anak pewaris masa depan negara.

Ketua Pemuda DPPKJ, En. Tajul Ariff selaku Penyelaras PASTI Kelana Jaya

Ketua Pemuda DPPKJ, En. Tajul Ariff selaku Penyelaras PASTI Kelana Jaya

Selaku wakil DPPKJ, pengarang ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang komited, terutamanya para Pemuda, Unit Amal dan guru - guru yang tidak henti - henti memberi sumbangan idea dan keringat dalam mendidik anak - anak kecil ini dengan pendidikan yang mengharumkan nama Islam itu sendiri.

Semoga Allah membalas jasamu di akhirat sebagai hadiah di kemudian hari; dan semoga Allah membalas jasamu di dunia sebagai tauladan pada yang lain.

a|-akh Nadiy Ghazali
SU PASTI PAS Kawasan Kelana Jaya
Tamrin Qiyadi yang memfokuskan pada pimpinan - pimpinan di peringkat kawasan di seluruh negeri Selangor telah diadakan pada 23 hb Julai 2010 di D’Congkak, Sungai Congkak.

Program itu berlangsung selama 2 hari dan 1 malam dan dipenuhi dengan kuliah ilmiah bagi memastikan persiapan ilmu dan kekuatan anggota kepimpinannya sentiasa meningkat, sesuai dengan cabaran dan rintangan perjuangan yang tak pernah berhenti berubah.

img_0429

Ahli DPPKJ yang hadir bersuci di Sungai Congkak

DPPKJ telah menghantar 5 orang wakil iaitu:

1) Tajul Ariff

2) Zulfadzlee Shah

3) Faizal  Alias

4) Zulkifli Hedar

5) Penulis

Ana sertakan beberapa gambar disini:

Faizal berendam setelah selesai mendirikan 4 set batu bertingkat.

Faizal berendam setelah selesai mendirikan 4 set batu bertingkat.

Sungai Congkak

Sungai Congkak

Mencari aliran yang suci..

Mencari aliran yang suci..

Aktiviti yang memerlukan fokus : Mendirikan batu bertingkat

Aktiviti yang memerlukan fokus : Mendirikan batu bertingkat

Pakatan Rakyat Selangor telah mengadakan Bengkel Penerangan pada 1 Ogos 2010 di Shah Alam. Dengan mengumpulkan keseluruhan Ketua dan AJK Penerangan setiap kawasan daripada Parti PAS, PKR & DAP bengkel itu diadakan bertujuan untuk menyelaraskan gerakkerja serta komunikasi seluruh jentera penerangan di antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

Ahli-ahli Kumpulan Penulis sedan melakukan sesi Brainstorming

Ahli-ahli Kumpulan Penulis sedang melakukan sesi Brainstorming

Antara isu utama yang diperbincangkan ialah:

  • Menambahbaik Pengedaran & Memantapkan Isi Akhbar “SelangorKini
  • Memperkukuh gerak kerja Penerangan hingga ke Jentera akar umbi

Bengkel ini berkonsepkan “Brainstorming” dan para peserta dipecahkan kepada kumpulan - kumpulan yang terdiri daripada ahli - ahli Penerangan PAS, DAP & PKR daripada kawasan - kawasan yang berbeza - beza.

Seorang ahli sedang berkongsi idea tentang Akhbar SelangorKini

Seorang ahli sedang berkongsi idea tentang Akhbar SelangorKini

Moderator / Fasilitator membentangkan isu yang hendak diperbincang

Moderator / Fasilitator membentangkan isu yang hendak diperbincang

Penulis telah menjadi wakil kepada Lajnah Penerangan bagi menggantikan Saudara Ahmad Romizi yang tidak dapat turut serta dalam bengkel tersebut. Semasa bengkel tersebut, penulis telah dimasukkan ke dalam kumpulan yang diminta untuk mengukuhkan prestasi akhbar “Selangorkini“. Penulis merasakan bahawa program seperti ini sangat berkesan kerana hampir 100% ahli yang hadir memberikan penyertaan dan respon yang penuh dalam sesi “Brainstorming” tersebut.

Di dalam bengkel tersebut juga, penulis sempat untuk berkenalan dengan Pn. Azila, yang merupakan wakil Penerangan PKR Kelana Jaya yang kini tinggal di USJ2. Penulis juga sempat kenal dengan beberapa peserta dari kawasan lain, antaranya En. Firdaus daripada DAP Serdang yang merupakan seseorang yang lincah berbahasa Cina dan En. Tan yang pandai menulis tulisan Jawi.

Para peserta bergambar setelah tamat program pada 5 petang

Para peserta bergambar setelah tamat program pada 5 petang

Petikan dari satu blog:

hehe.. happy sekejap baca comments korang nih..


kpd penyokong Islam, jgn layan/cakap dengan orang gila, sbb orang lain akan kata kita pun sama-sama gila. Sinonimnya, jgn cakap dengan orang bodoh, sbb orang lain akan kata kita pun sama-sama bodoh.

Aku cadang mana-mana penyokong/pendokong Islam |ps ni tak payah rep|y apa2 d|m entry ni atau b|og ni.

Baik|ah kita merancang utk hadapi PRU-13 ni. Pesatkan Pendaftaran Pemi|ih, libatkan diri secara |angsung / tidak kpd Kawasan masing2, offer diri utk gantung banner, offer diri utk sebar flyers dan sebagainya.

Utk memudahkan rujuk senarai Focal Person di kawasan/negeri masing2 di : http://pemuda.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=766&Itemid=64

kerna A||ah berfirman, “Sesungguhnya telah diberi suatu kemenangan yang jelas bagi kamu (org beriman)”. So, apa yg per|u kita doa & usaha utk mempercepatkan proses kemenangan ni.

Sirah Nabi & Sejarah khalifah & Sejarah Kerajaan Islam & sejarah imperialis & sejarah perang moden memang terbukti majoriti go|ongan-golongan yang atas pagar berpusu-pusu sertai go|ongan yang menang nnt. Baik kita kejar kemenangan ni dari layan depa ni..

-P’Blogger

img_0666

Para peserta bersama-sama solat Hajat Sempena Merdeka

Pemuda PAS Kelana Jaya telah menyahut niat murni kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat untuk sama-sama terlibat dalam Kempen Anti-Zina bagi membendung kes buang bayi yang kini rancak didendangkan di akhbar-akhbar dan media massa.

Gabungan Unit Amal & Pemuda PAS Selangor dalam menyampaikan seru Islam.

Gabungan Unit Amal & Pemuda PAS Selangor dalam menyampaikan seru Islam.

Program Pelancaran Kempen Anti Zina itu diadakan serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke - 2 setelah Selangor dibebaskan dari kerajaan yang penuh dengan rasuah dan penyakit kronisme.

img_0670

Bakal YDP Pas Kelana Jaya bergambar bersama Tan Sri Khaled Ibrahim selepas dendangan artis popular

Dr. Halimah Ali, selaku Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor, berkata, kempen menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) itu telah dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada semalam (30 Ogos 2010) di I-City, Seksyen 7 di Shah Alam. Sempena sambutan kemerdekaan negara, program itu dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih yang diimamkan oleh Imam Muda, Ustaz Asyraf dan dihadiahkan pada awam persembahan artis seperti Mawi, Mel-Wings & Ramli Sarip yang banyak berlirikkan dakwah dan kenegaraan. Langkah itu dilaksanakan bagi memberi ingatan terhadap remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi.

Kempen Anti-Zina : Semarak 2010

Kempen Anti-Zina : Semarak 2010

DPPKJ bersenam setelah kuliah subuh

DPPKJ bersenam setelah kuliah subuh

Pemuda Kelana Jaya telah ditetapkan untuk melakukan Ekspedisi Dakwah di pusat membeli belah Sunway Pyramid. Antara yang turut hadir adalah Ustaz Zulkifli Hedar, Ammar Izham, Tajul Ariff, Faizal Alias, Hasmi Hussain dan sahabat baru DPPKJ Arif Hashim. -reuters

Hampir setiap malam kami berterawih bersama - sama dengan YDP PKKJ, Ir. Hj. Izham.

Yang menariknya kami berpindah - randah dari satu surau / masjid ke surau / masjid yang lain setiap ma|am. Kami berterawih sebanyak 8 rakaat dan ditengah - tengahnya diberikan ruang kepada YDP untuk memberikan tazkirah pendek yang mampu membuka mata para ahli jemaah di surau - surau atau masjid - masjid tersebut.

YDP banyak menyentuh isu semasa dan dikaitkan dengan a|-Quran dan juga sirah Nabi Muhammad S.A.W. Bagi beliau menyentuh soal isu semasa sahaja tidak cukup jika tidak dikaitkan dengan Islam (a|-Quran, Hadis, Sirah & etc.).

Program sebegini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa sepanjang Ramadhan. Penulis juga gembira kerana dengar khabarnya kembar YDP yang berpangkat berbeza juga melakukan program yang sama seperti beliau sepanjang Ramadhan; kerana pasti program sedemikian dapat menyebarluaskan fahaman & prinsip PAS, yakni Islam, disamping beribadat di bulan mulia ini.

-reuters

DPPKJ te|ah mengadakan usrahnya pada jumaat |a|u di Surau al-Muttaqun, USJ12. Naqib pada hari tersebut merupakan Ustaz Nazri Din yang merupakan bekas calon Kubu Gajah pada pilihanraya umum yang lalu. Usrah itu yang disusuli dengan berbuka puasa dalam talam & solat magrib.

Ustaz Nazri Din berkongsi ilmu dan sirah Nabi.

Ustaz Nazri Din berkongsi ilmu dan sirah Nabi.

img_0578img_0581

Sejurus selepas solat isya’, Ustaz Nazri Din memberikan tazkirah ringkas sebagai memenuhi rutin biasa ahli-ahli qariah di Surau itu.

img_0580img_0579

P/S: Penulis turun agak lewat semasa Usrah tersebut, maka tidak dapat kongsi akan muatannya. Mungkin ada sahabat yang boleh kongsi?

Sahabat² semua,

Mari|ah kita merebut pe|uang me|ipat gandakan ama|an kita.

  • Buat sket, tapi dpt byk.
  • Tak pun, Bayar harga sama, tapi dapat berganda-ganda.

Semoga diberkati Allah senantiasa.

PAS Kawasan Kelana Jaya telah mengembelengkan tenaga Dewan Pemuda PAS Kelana Jaya (DPPKJ) dan Dewan Muslimat PAS Kelana Jaya (DMPKJ) bagi mengadakan satu permainan bowling antara ahli-ahli PAS dan orang awam di Sunway Pyramid pada Ahad, 8 Ogos 2010.

img_5479

Penyertaan yang mencecah 100 orang itu diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah bagi 4 kumpulan yang mendapat markah tertinggi dan juga pemain individu lelaki dan wanita yang terbaik. Antara kumpulan daripada  4 kumpulan terbaik itu adalah kumpulan Saudara Zulfadzlee Shah (Timbalan Ketua Pemuda) dan rakan secawangannya Hj. Zainal & juga Saudara Jamal.

16 hadiah cabutan bertuah telah disediakan dan antara pemenangnya adalah Puan Siti Aisyah dan Suami Isteri Ustaz Saharulnizam.

Pendaftaran

Pendaftaran

Kejayaan dikongsi

Kejayaan dikongsi

Peserta mencuba nasib

Peserta mencuba nasib

Penulis berasa gembira dengan kehadiran yang ramai pada petang itu, namun sedikit kecewa dengan gerak kerja bagi menjayakan program tersebut. Bagi penulis, tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwwah; andai kiranya diletakkan sebarang kayu ukur untuk menyukat sepanjang mana ukhuwwah terbentuk dalam program itu, penulis tidak terkejut jika ianya pendek dan dangkal.

Penulis percaya banyak lagi perkara yang boleh dibuat bagi memanjangkan sukatan itu; namun kerana masa|ah komitmen yang meruncing, perkara yang memang sudah penulis jangkakan sejak mesyuarat pertama itu benar-benar ber|aku.

Apa yang lebih mengecewakan, penulis yang merupakan pengarah program FIFA Big Screen @ Subang juga sudah pun a|ami permasaa|ahan yang sama semasa gerak kerja program tersebut di bu|an Julai 2010.

Andai ditakdirkan kemenangan Islam dilewatkan di lembah penulis ini, penulis tanpa rasa khuatir dan teragak - agak akan mengukir syukur pada Ilahi kerana menge|akkan fitnah ke atas Islam kerana berpunca dari ke|emahan yang kononnya pendokong ia sendiri.

-takbur~

Categories

Login